Cerita ArtisHiburan

Jamal Abdillah Akan Terus Beraksi Di Pentas AJL Sekiranya Lagu Neraca Layak

Penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah menyatakan dia akan terus beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Jamal berkata, sekiranya masih berpeluang dia memang masih berminat untuk bersaing di pentas berprestij berkenaan.

“Sudah tentu apabila ada peluang saya akan sertai (AJL) lagi. Kita ada di persada seni ini sampai bila-bila.

“Misalnya kalau lagu Neraca layak nanti, saya akan tetap beraksi untuk mempersembahkan lagu ini,” jelas penyanyi berusia 61 tahun itu.

Jamal berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Neraca bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo.

Dalam AJL 35 baru-baru ini, Jamal dan Wany Hasrita mendapat tempat ketiga menerusi lagu Belenggu Rindu.

Sementara itu, Luca yang turut ditemui berkata, memang sejak di bangku sekolah lagi mereka berkeinginan untuk bergandingan bersama-sama dengan penyanyi bertaraf legenda seperti Jamal.

Ujarnya, ketika menghasilkan lagu Neraca ini, mereka banyak membuat rujukan lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi berkenaan.

“Saya berasa lega proses rakaman berjalan dengan lancar setelah beberapa sesi perjumpaan dengan beliau.

“Pada mulanya agak berdebar juga ketika kami berjumpa, namun saya gembira apabila beliau menyukai lagu ini,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button