Cerita ArtisHiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Noor Nabila & Engku Emran

Hari ini Engku Emran dan Noor Nabila telah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang berlangsung pada pagi tadi.

Menerima pelbagai ucapan tahniah daripada pelbagai pihak, pasangan berkenaan turut mendapat ucapan tahniah daripada bekas suami Noor Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad.

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran… semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok na…” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
5
+1
2
+1
2
+1
6
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button