Cerita ArtisHiburan

Bekas Atlet Gimnastik, Kowachee Kini Muncul Dengan Single Pertama Pap Tapom

Putri Armani atau lebih dikenali sebagai Kowachee adalah satu nama yang tidak asing dalam dunia hiburan.

Sebelum ini, Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik PELAPIS Selangor pada usia empat tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia berusia lapan tahun.

Selepas itu, secara rasmi dia memulakan karier sebagai penari sehingga membawanya ke banyak acara lantas menjadikannya wajah yang popular dalam beberapa rancangan TV sebelum dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar pada tahun lalu.

Dengan keperibadiannya yang ceria berserta kemahiran menari yang mengagumkan menjadikan Kowachee sangat disukai di Instagram dengan hampir 70,000 pengikut sehingga kini.

Kini, penghibur berbakat ini amat teruja untuk menyambut tahun 2021 dengan pelancaran single debutnya, Pap Tapom yang dihasilkan dan ditulis oleh produser muzik terkenal di dunia, Bryan B bersama Sophia Liana iaitu salah seorang ahli kumpulan De Fam.

Baru berusia 12 tahun, Kowachee adalah artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia.

“Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah saya bekerjasama. Dia baru berusia 11 tahun ketika merakam lagu tersebut dan saya masih terfikir betapa berbakatnya dia.

“Hanya beberapa orang saja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur, dan Kowachee adalah salah seorang daripada mereka,” kata Bryan yang juga pernah bekerjasama dan menghasilkan muzik untuk Fazura, BATE, Simon Webbe, Guy Sebastian dan De Fam.

Sementara itu, Sophia selaku mentor rap kepada Kowachee menyatakan bahawa mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee.

“Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat anda nikmati dan yang paling penting ia mencerminkan tenaganya yang bersemangat,” jelasnya.

Bagi Kowachee sendiri, kebanyakan orang lebih mengenalinya sebagai seorang penari,

Namun begitu, dia menjelaskan bahawa sebenarnya dia juga menyukai rap seperti dia suka menari dan membuat persembahan di atas pentas.

“Kami memutuskan untuk memilih Pap Tapom sebagai single pertama kerana bunyinya mengingatkan saya pada satu permainan yang biasa kita mainkan dengan tangan ketika kecil dan ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang kita buat ketika kita menari.

“Saya berterima kasih kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayai saya serta untuk semua usaha keras yang dilakukan oleh semua orang.

“Saya harap semua orang akan suka lagu baru saya sepertimana saya suka membuatnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia,” ujarnya.

Pap Tapom kini boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, YouTube Music dan Deezer, sementara video lirik boleh mula ditonton di saluran YouTube KowacheeVEVO – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button