HiburanSelebriti

Bekas Kekasih Sajat, Coach Yin Akhirnya Mendirikan Rumah Tangga Dengan Gadis Pilihan

Bekas kekasih Sajat iaitu Coach Yin akhirnya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Coach Yin atau pemilik nama sebenar Mohd Tishrin bin Mohd Adanan itu di Instagram miliknya.

“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan kami. 

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” tulisnya ringkas di akaun Instagram miliknya.

Perhubungan Coach Yin dengan isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin itu mula diketahui ramai sejak Julai tahun lalu.

Sementara itu, rata-rata pengikut Coach Yin di Instagram mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
10
+1
5
+1
11
+1
16
+1
4
+1
11
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button