Cerita ArtisHiburan

Sony Music Entertainment Tampil Label Baharu, Liesl-mae Muncul Artis Pertama Malaysia Bernaung Di Bawah OFFMUTE

Sony Music Entertainment mengumumkan pelancaran sebuah label serantau baharu, OFFMUTE yang memberi fokus utama untuk memperkasakan bakat pendatang baharu dari Asia Tenggara dengan menggunakan pengalaman hasil gabungan seluruh pasukan Sony Music di rantau ini.

OFFMUTE membuka peluang kepada mana-mana artis dari pelbagai genre untuk memajukan karier muzik dalam mengejar visi kreatif mereka.

Presiden, Perkembangan Pemasaran dan Strategi, Asia dan Timur Tengah, Sony Music Entertainment, Shridhar Subramaniam berkata, label baharu berkenaan turut memberi sokongan kepada artis-artis serata Asia Tenggara dalam mengembangkan capaian muzik mereka.

Ujarnya, menggunakan kepakaran dan sumber terbaik Sony Music di seluruh dunia, OFFMUTE akan membantu mereka meraih pengikut lebih ramai menerusi kaedah rangka promosi dan strategi pemasaran yang rancak.

“OFFMUTE adalah label sulung dalam kategorinya sendiri di dalam dunia. Ia bertujuan mengangkat kekayaan budaya serta kepelbagaian yang ditawarkan dari Asia Tenggara.

“Matlamat OFFMUTE juga adalah menaikkan artis dengan bantuan pakar serta menggunakan jaringan terbaik dalam memastikan mereka berjaya mencipta nama besar di rantau ini,” katanya.  

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif, Sony Music Asia Tenggara, Ariel Fung berkata, mereka komited dalam usaha mengukuhkan nama label itu dalam industri muzik global.

“Saya sangat teruja melihat pelancaran OFFMUTE yang menampilkan artis daripada genre yang berbeza dan ada keunikan budaya, gaya tersendiri, serta berpotensi besar untuk pergi lebih jauh,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi Malaysia, Liesl-mae telah dipilih melengkapkan senarai bakat muzik dari pelbagai negara untuk label ini.

Liesl-mae mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia dengan berbekalkan corak nyanyian yang begitu lembut dan cukup merdu.

Pengurus Besar Sony Music Malaysia, Aziana Ali berkata, sekarang masa yang tepat untuk bakatnya diperluas ke rantau Asia Tenggara menerusi OFFMUTE ini.

“Liesl-mae merancang untuk menghasilkan lagu baharu dan berkolaborasi dengan rakan artis di bawal label baharu ini dan juga mahu memanfaatkan platform terbarunya ini untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental.

“Saya berbesar-hati dan bertuah Liesl menyertai barisan artis yang kami tampilkan. Kami tidak sabar untuk mengembangkan bakat serta kongsikan kehebatan muziknya di mata dunia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button