Cerita ArtisHiburan

Dikatakan Bakal Berkahwin Minggu Ini, Neelofa Mohon Doa Daripada Peminat

Setelah kakaknya, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu, kini timbul pula kisah mengenai Neelofa yang dikatakan bakal berkahwin pada minggu ini.

Biarpun tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Neelofa atau PU Riz, pelbagai spekulasi telah timbul, termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Namun begitu, Neelofa telah menarik perhatian apabila berkongsi beberapa potongan doa di Instagram miliknya.

“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. 🤲🏼🤍 doakan saya dalam doa doa kalian,” tulisnya di ruangan caption.

Selain mendapat respon positif daripada peminat-peminat, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut memberi sokongan kepada pengacara dan usahawan popular berkenaan.

Dalam pada itu, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh pasangan berkenaan.

Menariknya, menerusi info terbaharu yang diterima, Neelofa dan PU Riz bukan berkahwin pada minggu ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button