Cerita ArtisHiburan

Polis Sahkan Pasangan Pelakon Akan Dipanggil Untuk Beri Kenyataan Berhubung Isu Rentas Negeri

Pihak polis akan akan memanggil pasangan pelakon yang sebelum ini dikatakan merentas negeri ke Sabah dan dikatakan berbulan madu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakat ini pasangan berkenaan masih berada di Sabah dan akan dipanggil memberi kenyataan sebaik tiba di Semenanjung.

“Pada 20 Mac lalu kira-kira pukul lima petang, seorang lelaki berusia 27 tahun telah datang ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran rentas negeri ke Sabah bagi tujuan urusan perniagaan.

“Pemohon juga telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen tersebut, kita telah meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula 21 Mac lalu hingga esok,” jelasnya menerusi kenyataan tersebut.

Biarpun tidak menjelaskan nama pasangan pelakon berkenaan, namun Risteena Munim dan Isa Khan merupakan pasangan pelakon yang dimaksudkan memandangkan mereka telah pergi ke Sabah baru-baru ini.

> Baca: Risteena Munim Tegaskan Pergi Ke Sabah Dengan Suami Atas Urusan Kerja, Sudah Dapatkan Surat Merentas Negeri

Bagaimanapun, Risteena menerusi akaun Instagram miliknya telah menyatakan yang mereka ke Sabah atas tujuan kerja dan sudah mendapat surat kebenaran rentas negeri.

Ashari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci sekiranya pasangan tersebut didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri.

Jelasnya, sekiranya didapati bersalah, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button