Cerita ArtisHiburan

Difitnah Bawa Lari Duit, MK K-Clique Tampil Berikan Penjelasan Dikhianati Bekas Pembantu Peribadi

Salah seorang anggota K-Clique iaitu MK tampil memberi penjelasan berhubung dirinya dikatakan membawa lari duit.

Membuat kenyataan di Instagram miliknya, MK menyatakan dia baru sahaja mengetahui perkara tersebut.

“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Saya baru dapat tahu isu tentang bekas PA (pembantu peribadi) saya yang ambil job di belakang saya.

“Isu ini dari tahun lalu. Untuk pihak yang terlibat dan yang telah diambil duitnya boleh contact 0172580963 untuk kita settle. Sudahlah sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan turut mendedahkan nama dan gambar bekas PA nya itu.

“Dan untuk sahabat saya yang saya percaya MOHD HAZEEQ @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button