Cerita ArtisHiburan

Setelah Enam Tahun, Siti Sarah Umum Kini Sedang Hamil Anak Keempat


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengumumkan yang dia kini hamil anak keempat setelah kali terakhir dikurniakan cahaya mata enam tahun lalu.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Siti Sarah menerusi satu video di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tidak lama lagi. Baby baru on the way! Syukur ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah & Shuib. 

“Ok, jujur Sarah betul tidak sangka, lepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lag rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” katanya.

Ujar penyanyi itu, sebelum ini memang ramai yang bertanya tentang kehamilannya.

Bagaimanapun, dia memaklumkan yang dia tidak berani memberikan sebarang jawapan.

“Ramai tanya masa mula-mula dahulu, tapi Sarah tidak berani cakap lagi. Sekarang Sarah rasa kandungan sudah kuat, baru Sarah berani mahu khabarkan berita ini. Minta maaf sebab tidak beri tahu awal kerana sebelum ini Sarah pernah ada anxiety. So, Sarah sendiri tidak mahu tertekan semasa awal kehamilan.

“Sarah minta kalian semua doakan Sarah dan kandungan ini ya. Sarah doakan juga ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan menjadi ibu. Amin,” ujarnya.

Hasil perkahwinan dengan Shuib, Sarah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button