Cerita ArtisHiburan

Penyanyi Cilik Aliff Idham Muncul Dengan Single Sulung Petanda Hasil Ciptaan Sendiri

Baru tiga tahun menceburkan diri dalam bidang nyanyian, aura si cilik Aliff Idham yang berumur 15 tahun ini cukup mempesonakan. 

Pernah memenangi tempat ketiga Ceria Megastar Ministar pada tahun  2019 serta beberapa  perkongsian video nyanyiannya di Instagramnya yang meraih 40 ribu pengikut dan lebih dua ribu pengikut di YouTube juga membantu melonjakkan namanya sebagai penyanyi yang sangat muda dan berbakat.

Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat, Ace Talents untuk terus mencuba nasib menghasilkan karya yang matang bagi single pertamanya. 

Petanda, merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Lagu berkenaan mengisahkan tentang kisah duka yang dialami satu pasangan yang telah terpisah dan ditinggalkan kerana kewujudan pihak ketiga.

Sehinggalah pasangan yang telah curang dalam hubungan tersebut meninggal dunia disebabkan kemalangan dan hubungan terputus ditengah jalan. Terpaksa meneruskan hidup bersendirian, pasangan kepada si mati terus pasrah dan menerima segala takdir yang telah menimpa dirinya.

Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents berkata, walaupun hanya baru berusia 15 tahun, kerjaya Aliff sebagai anak seni lebih serius selepas dia sendiri melamar Aliff untuk menyertai Ace Talents sebagai artis rakaman dan pengurusan sepenuhnya.

“Pihak Ace Talents bukan sahaja fokus terhadap bakatnya dalam nyanyian, malah Aliff juga banyak mendapat tawaran berlakon. Tetapi, buat sementara ini, strategi kami adalah untuk lebih fokuskan Aliff ke arah bidang nyanyian dahulu.

“Meminati genre Pop Rock dan R&B, Aliff menjadikan artis seberang, Judika, sebagai artis idolanya. Aliff juga pernah menyatakan hasratnya untuk berada di atas satu pentas bersama Judika suatu hari nanti.

Ujar Azuein, secara peribadinya, dia yakin bakat yang dimiliki Aliff mampu berdiri setanding dengan bakat-bakat ternama seperti Faizal Tahir, Judika, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

“Ace Talents juga kini lebih agresif untuk melahirkan ramai lagi bakat-bakat millenial yang harus di ketengahkan. 

“Selain itu, pihak Ace Talents kini aktif menggilap bakat-bakat muda menerusi sesi ujibakat yang kerap kami laksanakan,” ujarnya.

Lagu Petanda boleh mula dididapati di semua pelantar digital dan aplikasi penstriman muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer Music dan Apple Music sejak 2 April lalu. 

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button