HiburanSelebriti

Aliff Syukri Rasa Sudah Tiba Masa Dirinya Jadi Lebih Matang, Mahu Kumpul Banyak Pahala

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 3 April lalu, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bertekad mahu membuat perubahan dalam dirinya.

Berkongsi di Instagram miliknya, tahun ini juga paling bermakna buat dirinya apabila merasakan dirinya sudah semakin tua.

“Maklumlah orang tersayang Abah saya tak ada lagi di sisi, kulit muka pula dah berkedut dan anak semakin membesar. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lebih matang lagi. 

“Syukur Alhamdulilah kehidupan saya kali ini lebih baik dari sebelum ini. Apa yang saya harapkan bukan kekayaan dunia tetapi kekayaan yang berkekalan sehingga ke syurga,” tulisnya.

Aliff berkata, pada masa ini juga dia bertekad untuk mengumpul banyak pahala serta berkumpul dengan ahli keluarga.

“Saya nak kumpul banyak pahala, saya nak berkumpul dengan anak saya, nak berkumpul family saya dan itu lah kebahagian yang kekal abadi.

“Terima Kasih kepada yang wish birthday saya..Saya baca setiap komen anda saya. Terima kasih yang mendoakan kebahagian saya dan kebaikan kepada saya. Amin Amin Ya Rabaalamin. Doakan saya boleh melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi untuk orang di luar sana,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button