Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza Dijangka Bersalin Awal Ramadan, Sudah Hentikan Sementara Semua Aktiviti Kerjayanya


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka akan bersalin anak kedua pada awal bulan Ramadan ini.

Siti berkata, ketika ini dia sudah menghentikan semua aktiviti kerjayanya untuk berehat sementara menunggu hari untuk melahirkan anak.

“Saya akan berehat panjang sementara menunggu masa untuk bersalin. InsyaAllah, saya mungkin melahirkan cahaya mata kedua ini pada awal Ramadan nanti.

“Bagaimanapun, pada hari ini saya gigihkan juga diri untuk selesaikan acara hari ini kerana sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini.

Ketika ditanya mengenai perasaannya menjelang kelahiran cahaya mata kedua, Siti memberitahu perasaan gementar itu pastinya ada.

“Setiap ibu pastinya akan berasa gementar, apatah lagi pengalaman kelahiran yang pertama tidak sama dengan yang kedua. 

“Jadi, saya mohon doa supaya proses bersalin nanti berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Berkongsi mengenai kolaborasi bersama YaPEIM itu, kedua-dua pihak mencipta sejarah dengan memperkenalkan wafer emas 999 satu gram, lima gram dan dinar emas (4.25 gram).

“Keluaran YaPEIM Gold ini adalah langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama dalam kalangan peminat saya untuk menjadikan wafer emas ini koleksi peribadi sekali gus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas.

“Pihak YaPEIM mensasarkan jualan 30,000 keping bagi varian satu gram, manakala 3,000 keping bagi edisi satu dinar dan 3,000 keping bagi edisi lima gram secara pra tempahan,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button