Cerita ArtisHiburan

Syatilla Melvin Reda Keguguran Ketika Kehamilan Anak Ketiga, Terima Ketentuan Tiada Rezeki

Pelakon popular Syatilla Melvin menerima ketentuan tiada rezeki apabila mengalami keguguran di saat usia kandungannya mencecah lapan minggu.

Menurut Syatilla, dia hanya berserah dan reda selepas mendengar berita tersebut.

“Sebenarnya saya baru sahaja dapat tahu hamil anak ketiga. Bagaimanapun, sewaktu saya buat pemeriksaan semalam, ternyata tiada rezeki.

“Melalui pemeriksaan tersebut, janin di dalam kandungan ini tidak berkembang, terbantut dan perkembangannya tidak sempurna. Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk mendengar degupan jantung, tengok ukuran. Namun sudah ketentuan Ilahi, tiada rezeki,” jelasnya.

Syatilla berkata demikian sewaktu majlis pelancaran Nasi Daging Telentang, LB Creuset x Syatilla Melvin yang berlangsung di Hotel Eastin, Petaling Jaya petang tadi.

Sebelum ini, Syatilla juga pernah mengalami keguguran sebelum melahirkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy, 4.

Malah, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla juga pernah mengalami keguguran kedua sebelum melahirkan puterinya, Sarima Samheizy yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Syatilla memberitahu janin masih ada di dalam perutnya. 

“Buat masa sekarang saya berharap agar janin dapat digugurkan secara semulajadi dan jika tidak saya perlu melalui proses mencuci rahim. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button