
Hafiz Hamidun Muatnaik Gambar Bersama Nabila Razali, Beri Tanda Sudah Berdamai
Sebelum ini, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun merupakan antara selebriti yang pernah mengkritik persembahan Nabila Razali semasa Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) sebelum ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini Hafiz menarik perhatian apabila memuatnaik gambar bersama Nabila sambil menyerahkan hamper.
“Sempena Ramadhan yang bakal tiba, sempat shooting dengan @nabila.razali hari ni.
“InsyaAllah semoga Ramadhan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila. Nantikan program raya kami di @tv3malaysia,” tulisnya.

Ternyata rata-rata netizen memberi pujian apabila melihat gambar tersebut dan ia seolah-olah memberi tanda kedua-duanya sudah berdamai.
Malah, ada juga segelintir yang cuba mengusik dengan mengatakan wajah Hafiz dan Nabila seiras serta seperti ada jodoh antara mereka.
Selain itu, ada juga yang menyarankan supaya Hafiz turut menciptakan lagu untuk Nabila. – KopiPlanet.com