Cerita ArtisHiburan

Ikmal Amry Tegaskan Tak Langgar SOP Ketika Pergi Bercuti Dengan Isteri, Kini Menetap Di Negeri PKPP


Pelakon Ikmal Amry menegaskan dirinya tidak melanggar SOP apabila pergi bercuti bersama isterinya ke Kedah, dipercayai di Pulau Langkawi.

Ikmal berkata, ketika ini dia menetap di Sembilan yang merupakan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mengikut agensi pelancongan yang ditetetapkan.

“Pertama sekali saya nak minta maaf kalau posting saya itu ada membuat netizen terguris hati. 

“Saya nak tekankan yang saya pergi bercuti tak langgar SOP. Saya sekarang dah stay di Negeri Sembilan dan ia adalah negeri PKPP,” jelasnya.

Pelakon berkenaan telah dikecam netizen setelah dia dan isterinya dikatakan telah merentas negeri.

Bagaimanapun, mengikut syarat yang ditetapkan, rentas negeri hanya dibolehkan di antara negeri PKPP ke PKPP sahaja buat masa ini.

Ujarnya, dia telah pergi bercuti ke negeri Kedah dan negeri berkenaan juga adalah di bawah PKPP.

Jelasnya, dia ke negeri berkenaan mengikuti SOP serta menggunakan khidmat agensi serta tidak membawa kenderaan sendiri.

“Jadi, kesalahan saya apabila buat posting pada masa yang tidak sesuai. Bila kita tengah happy, kita nak simpan kenangan itu di Instagram. 

“Saya minta maaf sangat-sangat. Lepas ni kalau bak buat sesuatu itu perlu fikir terlebih dahulu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button