Cerita ArtisHiburan

Hael Husaini Muncul Dengan Lagu Nuraga Berunsur Kerohanian & Padat Dengan Mesej

Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini kini muncul dengan single terbaharu yang berunsur kerohanian padat dengan mesej mendalam penuh kesedaran berjudul Nuraga.

Hael berkata, kini tiba masa yang sesuai untuk dia kembali dengan karya terbaru sempena sambutan bulan Ramadan ini

“Walaupun single ini dilancarkan dekat dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, ia bukanlah sebuah lagu spesifik ke arah Ramadan dan ia lebih kepada nasihat yang boleh didengar pada bila-bila masa.

“Nuraga bermaksud sifat belas kasihan atau perasaan simpati, ia bertepatan dengan situasi yang sedang kita hadapi sekarang dimana ramai yang sedang menempuh dugaan hidup,\ dan ada juga yang mengharapkan bantuan atau belas kasihan daripada orang lain yang mampu bagi meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Ujar Hael, sebenarnya lagu berkenaan telah pun dicipta pada awal tahun 2020 sebelum pandemik Covid-19 lagi bersama rakan komposer iaitu MFMF dan pada tahun ini mereka nekad untuk melancarkannya.

Jelasnya lagi, sesi rakaman single Nuraga telah dijalankan di Studio MFMF dalam masa yang singkat, akan tetapi kualitinya tetap dijaga seperti kesemua lagu ciptaan mereka sebelum ini.

“Pada single kali ini saya lari dari kebiasaan dan tampil dengan lagu bergenre ala nasyid kerana elemen kerohanian yang ada di dalamnya berserta unsur nasihat agar bersesuaian dengan mood lagu tersebut.

“Ini juga merupakan pengalaman baru buat MFMF kerana tidak pernah menghasilkan lagu sebegini, namun begitu kami berjaya menyiapkan akhirnya.

“Bagi video muzik (MV) Nuraga pula, ia lebih kepada penyampaian secara lahiriah tanpa sebarang jalan cerita atau apa-apa gimik dan lebih straight forward, jika nak tahu lebih lanjut kenalah tonton di YouTube nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, Hael merupakan seorang artis yang sangat kreatif dan sentiasa bekerja keras dalam menghasilkan hit demi hit.

“Saya percaya dengan kekuatan Nuraga dan pasti ia mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air kerana ia lain daripada apa yang Hael pernah hasilkan sebelum ini,” ujarnya.

Lagu Nuraga boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV lagu ‘Nuraga’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button