PopularViral

Ibu Pengasas Produk Seri Lady Hampir Rebah, Anak Buat Kejutan Hadiahkan Sebuah Rumah

Baru-baru ini, pengasas kepada produk Seri Lady, Juzailah Shariff berdepan detik cemas gara-gara kejutan yang telah dilakukannya.

Kejadian tersebut berlaku apabila dia membuat kejutan menghadiahkan ibunya sebuah rumah sehingga insan tercinta itu hampir rebah ketika berada di rumah berkenaan.

“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.

“Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal. Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini. Terima kasih ummi,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut Juzailah, biarpun berhasil membuat kejutan untuk ibunya, terdapat kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga membuatkan dirinya berasa sebak.

“Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!

“Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..🥺Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya! Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik itu!” ujarnya.

Jelasnya lagi, setelah berada dałam keadaan yang lebih stabil, dia terus bertanya apakah yang menjadi punca ibunya itu hampir rebah.

“Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi smp nak rebah lemah tadi? Ummi jawab ‘bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa’.

“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.

“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.

“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun apa yang dia dan adik-beradiknya lakukan, namun ia sebenarnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ibunya itu.

Malah, dia juga berharap agar ibunya berbangga dengan pencapaian mereka dan akan terus berusaha.

“Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami. Ju harap ummi suka rumah baru kita ni..
iya hadiah buat ummi. Kami anak4 ummi syg ummi dunia akhirat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

@kopiplanet

Seorang ibu hampir pitam apabila dpt kejutan dihadiahkan sebuah rumah oleh anaknya.. #fyp #foryourpage #foryoupage #tiktokmalaysia

♬ original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button