Cerita ArtisHiburan

Faralyna Idris Keguguran Ketika Usia Kandungan Cecah Empat Bulan, Hasrat Timang Cahaya Mata Lelaki Tidak Kesampaian

Pelakon popular Faralyna Idris mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah empat bulan.

Berkongsi di Instagram miliknya, Faralyna berkata, tiada rezeki untuk dirinya memperoleh cahaya mata lelaki.

“Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga. Namun, sekali pon Dia beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.

“Tiada rezeki Bonda Ayah utk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira & teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!” tulisnya.

Ujar Faralyna, biarpun dalam tempoh yang singkat, dia menganggap tempoh empat bulan itu cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih, Ya Allah.. Telah kau gembirakan hati kami dgn kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami.
4 bulan yg penuh makna.

“Ini detik permulaan menyambut bulan yg mulia, bulan Ramadhan tahun ni utk keluarga kami… Paling istimewa, bersama yg teristimewa; 
Muhammad Farid bin Muhammad Fikri,” tulisnya.

Sebelum ini, Faralyna dan suami sudah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Firra Anggun dan Fira Ayu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button