Cerita ArtisHiburan

Video Fattah Amin Dipeluk Rakan Baik, Fazura Jelaskan Ia Video Lama & Hanya Sekadar Gurauan

Baru-baru ini nama pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura menjadi sebutan di laman sosial Twitter.

Semuanya gara-gara video berkenaan menunjukkan Fattah dipeluk seseorang, manakala Fazura pula telah memberikan reaksi seperti cemburu.

Bagaimanapun, Fazura menerusi akan TikTok miliknya memberikan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Hi semua, tak sangka nak viral video Faz cemburu tu. Sebenarnya tu gurauan ja, diorang memang suka bergurau macam tu. And Vee tu memang suka kacau Faz and Fattah.

“Harap takda salah faham lagi hehehe. And video tu pun sebenarnya dah lama,” jelasnya.

Fazura berkata, dia sengaja membuat throwback kerana merasakan video berkenaan sangat kelakar apabila melihat reaksi dirinya.

Ujarnya, dalam video berkenaan adalah Vee yang juga merupakan rakan baik mereka.

“Video dah lama harap takda timbul salah faham lagi, saya minta maaf juga sebab buat anda semua salah faham tentang video tersebut,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram @missfazura

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
5
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button