Cerita ArtisHiburan

Luncai Emas Terbitkan Lagu Raya Untuk Empat Penyanyi Popular Tanah Air

Sempena kehadiran bulan Syawal yang tiba tidak lama lagi, Syarikat Luncai Emas kini menerbitkan empat lagu raya untuk empat penyanyi popular tanah air.

Antaranya membabitkan penyanyi Siti Nordiana ft Ustaz Sharizan menerusi lagu Hasbi Rabbi, Pitahati (Purnama Lebaran), Noraniza Idris ft Ihab Ismail & Azmir Ariff (Cinta Lebaran) dan Iqbal M (Kita Mesti Jumpa).

  1. Siti Nordiana ft Ustaz Shahrizan (Hasbi Rabbi)

Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaru bertajuk ‘ Hasbi Rabbi’ oleh Siti Nordiana dan berkolaborasi dengan Ustaz Sharizan . Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album ke-2 iaitu – album Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang. Istimewanya album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dlm melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.

Lagu ‘Hasbi Rabbi’ menjanjikan kelainan apabila melodinya juga digubah dari melodi yang biasa didengari kepada sesuatu yang lebih baharu dan segar untuk halwa telinga dan semestinya untuk pengisian rohani para pendengar. Lagu ‘Hasbi Rabbi’ mula dilancarkan di semua laman strim (Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain ) mulai 1 Mei lalu.

2. Pitahati (Purnama Lebaran)

Kumpulan Rock Nusantara, Pitahati, telah muncul dengan sebuah lagu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Lagu dan liriknya telah ditulis oleh Pitahati sendiri. Lagu ini merupakan lagu raya mereka yang pertama dan telah dirakam pada tahun 2019, dan disiapkan pula di kala gelombang pertama pandemik COVID-19 pada tahun 2020.

Menurut Ilham, vokalis dan gitaris Pitahati, lagu ini adalah cubaan mereka untuk mengetengahkan erti sebenar Hari Raya di samping mendalami erti Hari Raya itu sendiri. Menurut Ilham juga perkara ini adalah sesuatu yang telah kian lama kian hilang dalam masyarakat Islam zaman sekarang, di mana kebanyakan orang hanya melihat Hari Raya itu sebagai sebuah perayaan dan bukan sebagai sesuatu yang melambangkan kemenangan insan dalam memerangi hawa nafsu dan sifat-sifat keduniaan.

3. Noraniza Idris ft Ihab Ismail & Azmir Ariff (Cinta Lebaran)

Lagu Cinta Lebaran adalah lagu ciptaan sepenuhnya Mohammad Ihab Ismail atau lebih senang dikenali sebagai Ihab Ismail. Beliau merupakan artis di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd semenjak 2012 hingga kini.

Lagu Cinta Lebaran ini pernah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 2009 nyanyian bersama Noraniza Idris dan kumpulan Akasia. Setelah 11 tahun, lagu ini dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris bersama Ihab Ismail dan Azmir Ariff pada tahun 2021. Lirik masih mengekalkan hasil penulisan Ahmad Fedtri Yahya.

Single Cinta Lebaran ini masih kekalkan susunan muzik asal Eddie Marzuki dan disusun secara LIVE bersama pemuzik-pemuzik terkemuka tanahair seperti Ujang, Mohar , Allahyarham Kelly dan ramai lagi. Single ini terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd . Single ‘Cinta Lebaran ‘ ini mula berada di semua saluran digital seperti Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain pada 5 Mei ini.

4. Iqbal M (Kita Mesti Jumpa)

Selepas mengeluarkan album pertama (PSJKB) pada tahun 2019 dan disambut baik dikalangan peminat muzik ‘indie’, album yang terjual secara fizikal 4,000 salinan, dan telah memenangi anugerah sebagai ‘Kulit Album Terbaik’, ‘Lagu Terbaik (Jangan Cakap Saja)’ dan juga ‘Artis Terbaik’ di Tapau Awards 2019. Kini IqbalL M mengeluarkan sebuah single bersempena sambutan perayaan Aidilfitri 2021 ini. 

Mengambil masa tiga tahun untuk melengkapkan lagu ini, Iqbal berkata bukan sesuatu yang mudah untuk membuat lagu raya ni, kerana kebanyakan sudah biasa dengan lagu-lagu raya lama yang dah tertanam dalam diri masing-masing sehinggakan susah untuk cuba menerima gaya baru lagu-lagu raya yang ada.

Lagu Kita Mesti Jumpa ini pula terlahir secara tidak sengaja, semasa Iqbal sedang membuat IG Live di akaun Instagram miliknya pada ketika itu (tiga tahun lepas). 

Selain menggunakan produser yang sama semasa PSJKB album dahulu, IQBAL M. menggunakan khidmat Bijan (AtasbyBijanFX) untuk proses adunan lagu, manakala untuk proses mastering dibuat oleh Felix Voon. Single KMJ ini akan dilancarkan di platform digital mulai 3 Mei lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button