Cerita ArtisHiburan

Ijam Majid Muncul Dengan Single Dua Insan, Papar Kisah Kekasih Bercinta Dengan Rakan Karib

Selepas kejayaan single Permainanmu yang dikeluarkan pada tahun lepas dan mendapat sambutan di radio Indonesia dan Malaysia, kini Ijam Majid melancarkan single terbaru bertajuk Dua Insan di bawah label Fusion Records.

Ijam berkata, kisah di sebalik lagu Dua Insan ini adalah mengenai kekasih yang bercinta dengan rakan karib pasanganya tanpa pengetahuanya.

“Untuk lagu Dua Insan ini, lirik dan lagu telah dicipta sepenuhnya oleh komposer baru iaitu Mr Lycon,” ujarnya.

Bermula karier seorang pelakon pada 2007, Ijam Majid mula memberi tumpuan dalam bidang nyanyian bermula pada tahun 2016 dengan single pertama bertajuk Pejuang Cinta.

Selepas itu, nama penyanyi berkenaan mula meniti naik apabila single kedua beliau bertajuk Permainanmu mendapat sambutan di Indonesia dan Malaysia serta mendapat tempat dibeberapa buah station radio di Indonesia.

Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam Majid juga terus berfikiran positif untuk terus menyanyi.

“Sehingga pandemik ini selesai, saya akan terus berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung pada masa akan datang.

“Dua Insan adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia saya dan berharap lagu ini dapat memenangi hati para pendengar semua,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button