PopularViral

Selebriti Transgender Lucinta Luna Akui Sudah Hamil, Dedah Gambar Lelaki Didakwa Bapa Kepada Anak Yang Dikandungnya

Seorang selebriti transgender dari Indonesia, Lucinta Luna menimbulkan tanda tanya ramai pihak apabila mengakui dirinya sudah hamil.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, selebriti berkenaan menunjukkan alat ujian kehamilannya.

Dalam video berkenaan juga, selebriti yang pernah bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana itu dilihat masuk ke dalam bilik air dan muntah-muntah.

Kemudian Lucinta meminta alat ujian kehamilan serta mendakwa dirinya lewat datang bulan.

Setelah membuat ujian menerusi alat tersebut, keputusannya menunjukkan dua garis berwarna merah yang menandakan dirinya hamil.

“Semalam aku tak datang bulan,” katanya sambil menangis.

Dalam pada itu, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi serta ada yang mendakwa selebriti berkenaan sekadar mahu meraih perhatian.

Selain itu, Lucinta juga turut memuat naik sekeping gambar lelaki yang didakwa bapa kepada anak yang dikandungnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
3
+1
3
+1
110
+1
23
+1
22
+1
23

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button