AdvetorialKongsi

Munawwareen Anjur Program Infaq, Beri Sumbangan Kepada 40 Keluarga Di Perkampungan Orang Asli

Sempena bulan Ramadan ini ternyata ramai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Tidak ketinggalan jenama pakaian muslimah Munawwareen yang turut mengambil peluang dengan mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong pada 20 April lalu.

Pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar berkata, antara sumbangan yang diberikan adalah telekung serta barangan keperluan dapur seperti beras, susu, mihun, minyak masak dan mineral water kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer.

“Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi ‘hot spotted’ atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan. Biasanya progam sebegini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz.

“Dengan kesempatan ini, tentunya dengan izin Allah SWT yang telah menjentik hati saya untuk meninjau kehidupan penduduk di kampung ini yang majoritinya 75 peratus beragama Islam dan sebahagian kecil adalah merupakan saudara baru Muslim,” jelasnya.

Jelasnya, meskipun hanya terpisah 10 minit dari bandar Selayang, mereka ini kurang mendapat pendedahan mengenai Islam dan menerusi kunjungan itu juga beliau membawa Ustaz Riduan Zainal Abidin untuk menyampaikan tazkirah.

“Saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana Allah SWT telah gerakkan anggota badan untuk kami melaksanakan ibadah yang disukai olehNya, bahkan Rasulullah SAW iaitu bersedekah.

“Meskipun bukan dalam kapasiti yang besar, tetapi sumbangan diberi mengikut kemampuan yang kami ada. Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh, dihitung sebagai amalan yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Sementara itu, Aliza juga berkongsi pengalaman ketika menganjurkan program berkenaan, terutama ketika memberikan sumbangan telekung.

“Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira. Namun pada kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. belum pernah saya melihat ada org sebak apabila menerima hadiah telekung seperti seorang gadis iaitu Azura Aziz.

Biasanya, orang yang dah berumur yang paling excited dapat telekung, sedangkan Azura ini masih muda remaja. Sejujurnya, air mata syukurnya yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh.

“Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yg cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki utk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yg dia pakai pun dah lusuh,” ujarnya.

Aliza berkata, menerusi penjelasan yang diberikan gadis berkenaan, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti perkampungan di situ adalah berupa keperluan harian.

“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif dr Munawwareen. Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama ini berasa amat bersyukur.

“Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang. Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dgn mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button