HiburanSelebriti

Universal Music Malaysia Lantik Kim Lim Pengarah Urusan Baharu, Jadi Wanita Kedua Terajui Syarikat Rakaman Di Malaysia

Universal Music Malaysia (UMM), sebuah anak syarikat Universal Music Group (UMG) peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik mengumumkan bahawa Kim Lim telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan.

Kim Lim berkata, dia amat teruja untuk memimpin satu pasukan yang hebat di Malaysia bersama kumpulan baru pengurusan senior yang luar biasa.

“Kami akan melihat cara baru untuk memperluaskan pengalaman dan memikirkan secara mendalam tentang peluang baru yang boleh diteroka. Kami akan terus memberi tumpuan kepada A&R domestik, mencari dan mengembangkan bakat terbaik yang ditawarkan oleh negara dan rantau ini.

“Berdasarkan kejayaan luar biasa Def Jam Malaysia, Celebrity 360 dan inisiatif komersil kami yang lain, kami akan berinovasi dan mengukir jalan baru untuk memastikan budaya muzik Malaysia yang lebih rancak dapat diakses oleh rakan kongsi, platform dan yang paling penting peminat muzik di seluruh rantau ini berbanding sebelumnya,” ujarnya yang menjadi wanita kedua menerajui syarikat rakaman di Malaysia selepas Mrs Beh (EMI).

Perlantikan tersebut adalah antara beberapa perekrutan strategik syarikat untuk memperluas dan memperkasa pasukan pengurusan kanan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan perkembangan artis domestik dan pertumbuhan label di rantau ini.

Sebagai anggota teras pasukan eksekutif serantau UMG, Kim akan memantau operasi UMG di seluruh Malaysia. Berpangkalan di ibu pejabat UMM di Petaling Jaya, Selangor, beliau akan melapor kepada Calvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Southeast Asia & Timbalan Presiden Kanan, Asia.

Setelah menyertai UMM pada tahun 2014 dari agensi periklanan RedRedRed Malaysia, Kim telah memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat tersebut, terbaru beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Pengurusan Artis & Ketua Pemasaran dan Jualan untuk Malaysia.

Melalui jawatan tersebut, Kim telah memimpin UMM merentasi perkongsian, pengurusan bakat, acara siaran langsung dan inisiatif perniagaan baru yang inovatif yang telah meletakkan UMM sebagai syarikat hiburan muzik domestik terkemuka di Malaysia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, UMM telah mengetuai dalam kempen iklan jenama terkenal di rantau ini melibatkan artis UMM dan syarikat utama (domestik dan global), antaranya: “The Singing Pizza” dengan Pizza Hut; Hyundai; Tune Talk; Petron; dan Samsung.

Pada tahun 2019, Kim telah menerajui pelancaran Celebrity 360, sebuah syarikat pengurusan artis terkemuka di industri yang menguruskan kerjaya beberapa bakat paling popular dan berpengaruh di Malaysia dalam dunia muzik, filem / TV, hiburan dan gaya hidup termasuk: Anis Nabilah , Alvin Chong, Fattah Amin, Fazura, Diana Danielle, Syazuwan dan Jaja Iliyes antara lain.

Celebrity 360 adalah agensi pertama seumpamanya di rantau ini dan mengendali semua elemen untuk pelanggannya, termasuk perkongsian jenama, acara langsung dan produksi TV & filem. Sebelum menyertai UMG, Kim sebelum ini memegang jawatan di Asia-Pacific Videolabs, Warner Music Malaysia dan Golden Dynamics Enterprise Ltd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button