Cerita ArtisHiburan

“Saya Hanya Menerima Azmin Ali” – Diva AA Sedia Berdamai, Dedah Ada Stesen TV Mahu Temukan Mereka Berdua Dalam Sebuah Program

Selebriti dan pengacara popular, Azwan Ali atau Diva AA menyatakan kesediaannya untuk berdamai dengan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Diva AA berkata, ketika ini dia hanya boleh menerima Azmin seorang sahaja berbanding adik-beradiknya yang lain.

“Saya berkali-kali buat statement saya hanya menerima Azmin Ali. Kalau yang lain dislike dislike dislike. No comment. Saya tak nak bercakap pasal dorang. Saya masih boleh bertoleransi dengan Azmin Ali.

“Andainya ada rezeki untuk berdamai mengapa tidak. Saya seorang adik, jadi saya beralah, salah ke kalau saya beralah. Banyak yang kata dulu kutuk Azmin Ali. Eh kalau aku kutuk dia kau siapa,” ujarnya.

Mengakui sudah empat tahun tidak berjumpa dan berhubung, Diva AA menyatakan ada sebab dia boleh bermaaf-maafkan dengan abangnya itu.

Malah, dia juga menafikan sekeras-kerasnya dia menerima Azmin semata-mata status abangnya itu sebagai seorang menteri.

Saya ada adik-beradik enam orang, tetapi saya hanya boleh memohon maaf dengan Azmin Ali. Saya ulang berkali-kali.

“Bukan sebab dia seorang menteri, ada 1,000 sebab kenapa saya boleh bermaaf-maafan dengannya. Lagipun saya adik. Macam mana busuk sekali pun saya yang kena minta maaf,” ujarnya.

Dalam pada itu, Diva AA juga mendedahkan bahawa ada stesen TV yang merancang untuk menemukan dia dan Azmin dalam sebuah program.

Ujarnya, ketika ini dia memang sudah bersedia untuk bertemu dengan abangnya dalam program berkenaan atau di mana-mana sahaja.

“Sekarang ni ada pihak yang cuba mengaturkan pertemuan kami berdua di televisyen. Ada stesen TV tengah usaha temukan Azmin dan Azwan Ali.

“Ia sebuah rancangan live yang sedang dirancang stesen TV berkenaan, cuma saya tak boleh beritahu stesen TV mana. Dan jawapannya saya bersedia, itu yang saya beritahu kepada bos stesen berkenaan,” ujarnya.

Menurut Diva AA lagi, dia tidak kisah sama ada dirinya diterima atau tidak dan yakin Azmin akan tetap menerima dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button