Cerita ArtisHiburan

Nurin Afiqah Dedah Caprice Paksanya Keluar Kenyataan Dirinya Tarik Keluar Anak Yatim & Rakan Artis Bergambar Di Luar Dewan

Kontroversi yang berlaku antara Instafamous iaitu Nurin Afiqah dan penyanyi Caprice dilihat masih belum berakhir.

Yang terbaru, Nurin mendedahkan dia telah dipaksa oleh Caprice agar membuat kenyataan bahawa dirinya yang menarik keluar anak yatim dan rakan artis ke luar dewan untuk bergambar.

“Caprice masih memaksa Nurin untuk keluarkan statement yang Nurin tarik keluar anak yatim dan rakan artis lain dari dalam dewan ke luar dewan untuk ambil gambar walhal benda tu tak betul.

“For your information, walaupun Nurin ialah salah seorang sponsor event tersebut, Nurin memang tak “tarik keluar” anak yatim dan rakan artis lain,” jelasnya.

Sebelum ini, Caprice berang dengan tindakan Nurin merakam gambar dan video bersama beberapa selebriti dan anak yatim di luar dewan sehingga telah menyusahkan dirinya selaku penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 sehingga menyebabkan nama rakan artis lain turut terkait sama.

Nurin berkata, dia sudah menafikan perkara berkenaan kepada Caprice, tetapi penyanyi berkenaan masih enggan menerimanya.

Dalam pada itu, Instafamous berkenaan juga menyatakan sudah membuat kenyataan maaf di Twitter pada 30 April lalu kerana enggan memanjang isu berkenaan dan menunggu panggilan polis.

“Nurin juga dah call dan juga menjawab panggilan Caprice selama beberapa hari (30 April – 2 May) to give Caprice the updates on this case and how Nurin sedang berusaha nak selesaikan dengan cara yang betul.

“Nurin juga dah beri keterangan kepada pihak polis secepat mungkin on 2nd May and dah bagitahu Caprice yang Nurin dah bekerjasama dengan pihak polis,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
8
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button