Cerita ArtisHiburan

Poova Rakam Semula Lagu Bersama Di Hari Raya Yang Pernah Dipopularkan Kumpulan Cenderawasih


Penyanyi wanita bersuara lantang yang juga merupakan pelantun lagu Karya dan pernah dipuji bakatnya oleh penyanyi terkenal antarabangsa, Michael Bolton dalam program pencarian bakat Asian Dream iaitu Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu Bersama Di Hari Raya

Menariknya, lagu berkenaan sebenarnya pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Helen dan Irene Savari iaitu Cenderawasih.

“Sebenarnya Ini merupakan kali pertama saya  menyanyikan lagu Raya dan sudah lama saya  teringin menyanyikan lagu sebegini bagi memeriahkan bulan puasa dan sebagai persediaan menyambut Hari Raya yang bakal diraikan kelak.

“Saya sengaja memilih Bersama Di Hari Raya kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman-zaman dulu di mana penyanyi bukan Melayu turut menyanyikan lagu Raya, dan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana mencadangkan lagu ini,” jelasnya.

Ujarnya pemenang trofi Artis Baru Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke-21 (AIM21) pada 2014 itu lagi, dia menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang tersendiri namun masih mengekalkan identiti asalnya.

Sementara itu, Joe Saiful selaku Pengasas JoePRC International dia nampak kekuatan vokal yang ada pada Poova sebagai seorang penyanyi yang versatil.

“Jadi, saya cadangkan mengapa tidak dia menyanyikan lagu Bersama Di Hari Raya oleh kumpulan Cenderawasih, disamping mengimbau kenangan lalu di mana ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu Raya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button