Cerita ArtisHiburan

Kali Pertama Muncul Dengan Lagu Raya Secara Solo, Najwa Latif Tampilkan Lagu Hari Raya Kita

Sebelum ini, penyanyi Najwa Latif popular dengan lagu raya Hari Raya yang dinyanyikan bersama Iamneeta, Mimie Haris dan Deanna Hussin.

Kini, Najwa telah berkesempatan untuk melahirkan single solo hari raya yang pertama buatnya iaitu Hari Raya Kita.

Lagu raya ini  berkonsepkan pop dan catchy serta telah dilancarkan pada 30 April lalu.

Najwa berkata, dia berasa bersyukur kerana dapat melahirkan single raya solo pertama dan merupakan produk kelima miliknya.

“Single ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar kumpulan Cactus Arin Lutfi dan Alif Hassan manakala liriknya pula ditulis Bersama Arin Lutfi dan EllGee.

“Untuk lagu ini juga mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuzik lama dan baru terdiri daripada Ujang Exists,Ayoy dari kumpulan 6ixthsense dan Jay dari kumpulan Pretty Ugly,” ujarnya.

Jelas Najwa, proses rakaman single ini telah mengambil masa seminggu  untuk disiapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses Mixing Mastering di buat di lakukan oleh Muhd Mastering .

Berbicara mengenai muzik video single berkenaan, ia bertemakan suasana perayaan norma baharu di musim pendemik ini yang telah masuk tahun kedua.

“Saya  mahukan sebuah muzik video yang santai, berbaur kekeluargan dan catchy serta mesej kebaikan sesuai dengan konsep perayaan di musim pedemik ini .

“Pada masa sama, saya juga berharap agar lagu ini diterima ramai serta mendapat penerimaan daripada semua golongan dan sesuai untuk generasi alaf ini,” ujarnya.

Muzik video Hari Raya Kita telah dilancarkan 30 April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button