Cerita ArtisHiburan

Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa, Tiga Kali Bertukar Ubat-Ubatan

Pelakon popular Janna Nick menjelaskan dia kini masih menjalani rawatan dengan pakar sakit susulan masalah gangguan bipolar yang sedang dialaminya ketika ini.

Janna berkata, setelah merujuk masalahnya itu kepada pakar, kini keadaannya sudah semakin stabil dan tenang.

“Ketika ini saya masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa. Setiap minggu saya akan berjumpa dengan doktor.

“Saya dalam keadaan yang okey dan di bawah pengambilan ubat. Cuma sedikit kesukaran adalah ketika bekerja apabila ubat-ubat yang diambil itu membuatkan saya terlalu tenang dan mengantuk,” ujarnya.

Janna berkata demikian semasa sesi sidang media secara virtual Program Raya Terbitan TV3 yang berlangsung pada minggu lalu.

Sebelum ini, Janna menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar dan pernah dua kali cuba membunuh diri ketika zaman persekolahan.

Ujarnya, setakat ini dia sudah tiga kali menukar ubat kerana ubat-ubatan yang diambil sebelum ini kurang sesuai buat dirinya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menyatakan pendedahan yang dibuat sebelum ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya dia mahu jalani kehidupan secara normal.

“Mengenai penerimaan keluarga pula, mereka agak terkejut dengan pendedahan berkenaan. Mereka tahu tentang cubaan yang saya pernah nak buat dulu.

“Cuma keluarga tak tahu tahap emosi yang saya alami ini rupa-rupanya berada di tahap serius,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai perjalanan karier seninya pula, Janna bakal muncul dengan sebuah telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali yang akan ditayangkan di TV3 pada 15 Mei ini (Hari Raya Ke-3) pada pukul 10.00 malam.

Selain itu, dia juga akan muncul dalam program Melodi Raya 2021 bersama Awal Ashaari sebanyak dua episod iaitu pada 16 dan 23 Mei ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
1
+1
1
+1
13
+1
9
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button