Cerita ArtisHiburan

Tunang Elisya Sandha Jual Lemang Tambah Pendapatan Untuk Cari Duit Kahwin

Pelakon popular, Elisya Sandha mendedahkan bahawa tunangnya iaitu Uzair Haqimy telah menjual lemang untuk menambahkan pendapatan.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elisya tentang perniagaan yang diusahakan oleh Uzair.

“Salam sahur ❤️ encik tunang ada hantar @lemangketukketukramadhan untuk kita cuba tadi 😍 sedap! Korang kena try! Tak raya lah kalau tak ada lemang!!

“All the best i doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching),” tulisnya.

Ternyata rata-rata netizen turut memuji usaha yang telah dilakukan oleh Uzair yang juga anak kepada penerbit Sheila Rusly itu.

Elisya dan Uzair telah mengkat tali pertunangan pada 31 Januari lalu.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button