Cerita ArtisHiburan

Gambar Aidilfitri Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Antara Paling Menarik Tumpuan

Sempena meraikan Syawal pada tahun ini, ramai artis yang tidak ketinggalan untuk berkongsi gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Menariknya, apa yang menjadi tumpuan adalah gambar yang pelakon Puteri Sarah Liyana, di mana dia memuat naik gambar bersama suami tercinta, Syamsul Yusof bersama kedua-dua orang anak mereka.

Rata-rata peminat yang memberikan komen terhadap gambar tersebut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat kegembiraan dan keceriaan yang ditampilkan.

Malah, ada juga menyatakan mereka sudah lama menantikan pasangan tersebut dapat memuat naik gambar sekeluarga.

Sebelum ini, hubungan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berdepan sedikit konflik, namun kedua-duanya sudah menemui jalan penyelesaian dan sudah berbaik.  – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
4
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button