Cerita ArtisHiburan

“InsyaAllah Tahun Depan Kita Beraya Bertiga Ye!” – Ikmal Amry Beri Bayangan Isterinya Kini Hamil

Pelakon popular Ikmal Amry memberi bayangan bahawa isterinya, Najla Shamsul yang juga seorang Instafamous kini sedang berbadan dua.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Ikmal menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah impian am nk raya berdua tahun ni tercapai. Terima kasih buat isteriku @najlxsam for everything tht u did to me since forever ❤️. 

InsyaAllah tahun depan kita beraya bertiga ye ! Doakan perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan . Amin yra . #daddytobe ,” tulisnya.

Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu setelah tujuh tahun mengikat tali pertunangan.

Pasangan tersebut sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi berhubung isu rentas negeri apabila memuat naik gambar bercuti ke Pulau Langkawi pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Ikmal menafikan telah melanggar SOP dan menjelaskan mereka pergi ke pulau berkenaan menerusi agensi pelancongan yang sah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button