EventHiburan

Elfira Loy, Amira Othman & Wany Hasrita Sertai Kempen Anti Buli Siber

Menurut hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, 20,793 individu  berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.

Buli siber adalah kaedah di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Kesan terburuk dari buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja, bahkan di rumah mereka.

Tinjauan tersebut menunjukkan semakin ramai ibu bapa di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat yang menyedari pengalaman negative anak-anak mereka dengan buli siber dalam talian dan agak mengejurkan.

Malaysia kini berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber. Kes buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi banyak yang tidak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang-undang yang panjang.

Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovikasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ganggguan yang diterima mangsa boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri. Malah, buli siber juga menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di kalangan remaja.

Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber.

Menurut Datuk KK Chua, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental.

“Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa . Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya.

“Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu,” katanya.

Katanya lagi Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana di artis juga menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah.

“Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri.

“Beberapa bintang K-pop yang telah membunuh diri pernah membicarakan bagaimana mereka bergelut dengan kesihatan mereka kerana menjadi mangsa buli siber dan kita berhadap kejadian itu tidak menimpa artis di Malaysia,” katanya.

Artis sering kali menerima kecaman hebat netizen, sehingga apa saja mereka muat naik di laman sosial  dikritik hebat.

“Ada artis yang terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam laman sosial buat seketika. Ada yang takut keluar rumah,” katanya.

Wany Hasrita pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram. Ia semua berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan. Berselindung di sebalik akaun palsu dan nama yang bukan-bukan.

Kata Wany Hasrita, tanpa kita sedar, sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian.

“Itu silap kerana ia lebih kekal dan meresap dalam ingatan. Apa yang diperkatakan akan terngiang-ngiang dalam pemikiran hingga mengganggu proses kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan.

“Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan artis saja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi netizen itu bergelar manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan,” katanya.

Baru-baru ini, Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas kali pertama menyertai  kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil makan pil.

“Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga  lebih tahu siapa diri saya,” katanya.

Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industry tanah air juga sudah lali dengan ‘permainan’ netizen.

“Saya  mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh,” katanya.

Erra Fazira turut melakukan perkara serupa apabila enggan ‘tunduk’ dengan kecaman netizen.

“Saya ada kerja yang perlu dilakukan dan netizen hanya tahu mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Kata Datuk KK Chua, beliau mahu artis dan masyarakat bersama-sama  tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button