HiburanSelebriti

Da’i Farhan Kembali Bergelar Suami Kepada Bekas Isteri Pertama, Disatukan Pada 1 Syawal

Sambutan 1 Syawal tahun ini cukup bermakna buat pendakwah bebas, Da’i Farhan apabila kembali bergelar suami kepada bekas isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Fatin di Instagram miliknya menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik.

“Semoga Allah sentiasa memelihara rumah tangga kita agar sentiasa dalam mawaddah, Sakinah dan saadah. Terima kasih atas doa semua.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori-memori yang lalu. Doakan kebahagian kami dunia dan akhirat,” kongsinya.

Sebelum ini, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi setelah membuat pendedahan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Mekah pada November 2019.

Namun begitu, tindakannya itu menerima kecaman netizen apabila perkahwinan berlangsung secara rahsia tanpa pengetahuan isterinya ketika itu, Fatin yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Tidak lama kemudian, pendakwah berkenaan mengejutkan dunia hiburan apabila menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada 3 Disember 2019 menerusi Whats App.

Bagaimanapun, hubungan dengan Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak berkekalan apabila mereka berpisah pada April tahun lalu selepas lima bulan berkahwin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button