Cerita ArtisHiburan

Izreen Azminda Padam Posting Minta Maaf, Konflik Bersama Intan Liana Masih Belum Berakhir?

Baru-baru ini pelakon Izreen Azminda telah memuat naik satu posting di mana dia telah memohon maaf kepada Intan Liana Saleh berhubung konflik yang berlaku antara mereka.

Malah, dalam rancangan Melodi Raya 2021 yang disiarkan semalam, kedua-duanya turut ditemukan dan pelakon berkenaan telah memohon maaf secara berhadapan.

Bagaimanpun, tindakan Izreen yang telah memadamkan posting berkenaan ternyata telah menimbulkan persoalan ramai terutamanya netizen.

Sehinggakan ramai yang beranggapan bahawa konflik antara kedua-duanya masih lagi berlarutan.

Ia diperkuatkan lagi dengan posting oleh Intan sendiri sehingga menimbulkan tanggapan ramai yang dilihat seakan-akan dia masih belum sepenuhnya memaafkan Izreen.

Konflik antara kedua-duanya berpunca apabila Izreen yang telah berkahwin dengan Ude Wahid empat tahun lalu, sekaligus menjadi isteri kedua memandangkan Intan masih lagi bergelar isteri kepada pemuzik berkenaan.

Kemudian pelakon berkenaan juga menjadi kecaman apabila Ude pula bertindak menceraikan Intan dengan talak satu pada Mac 2018. – KopiPlanet.com

Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
11

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button