
Video Keluarga Neelofa Sambut 1 Syawal Bersama Ahli Keluarga Viral, Netizen Sempat Rakam Sebelum Dipadam Noor Nabila
Ketika ini sebuah video yang menunjukkan ahli keluarga Neelofa menyambut 1 Syawal telah menjadi viral.
Apatah lagi, video itu telah dimuat naik oleh kakak Neelofa sendiri iaitu Noor Nabila di Instagram miliknya.
Video berkenaan menunjukkan sesi bersalaman dan bermaaf-maafan dalam kalangan ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam oleh Noor Nabila, tetapi ia sempat dirakam oleh netizen dan kini viral di Twitter.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mula mempertikaikan tentang perkara tersebut kerana ia dikatakan telah melanggar SOP.
Jika mengikut SOP yang telah ditetapkan, tiada ada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – KopiPlanet.com
***Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan