GadgetGaya Hidup

HONOR Perkenalkan Dua Produk Terbaharu, HONOR MagicBook 15 & Gelang Pintar HONOR Band 6

Bersempena pelancaran jualan rasmi computer riba HONOR MagicBook 15 baru-baru ini, pembeli berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM300 yang merangkumi sebuah beg galas computer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.  

Lebih istimewa lagi, komputer riba itu turut dilancarkan bersama gelang pintar HONOR Band 6 dan orang ramai boleh mengunjungi HONOR Experience Stores di seluruh negara untuk mendapatkannya. Pembeli dalam talian boleh mendapatkan gelang pintar itu di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store hari ini.

HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3699 manakala HONOR Band 6 adalah berharga RM189 dan boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Berbanding dengan model komputer riba terdahulu, HONOR MagicBook 15 memberi prestasi lebih cekap kerana menggunakan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6 yang tidak menimbulkan masalah lengah ketika menggunakan aplikasi persidangan video dan audio mahupun sewaktu membuat kerja.

Ia sesuai dimiliki pengguna yang melakukan tugasan pejabat seharian termasuk pelajar kerana perlu meluangkan masa berpanjangan di hadapan skrin.  

Skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 komputer riba ini turut diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland selain tidak berkelip.

Ciri berkenaan melindungi kesihatan mata dari cahaya biru dan pandangan mata pengguna lebih selesa selain tidak berasa penat ketika mengguna komputer riba tersebut. 

Dengan menawarkan harga berbaloi, HONOR MagicBook 15 hadir dengan gamut warna sRGB 100%.

Komputer riba ini mempunyai daya ketahanan baik kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium serta telah melalui pelbagai ujian makmal menjadikannya tidak mudah tercalar apabila terhentak pada permukaan keras.

HONOR MagicBook 15 dipasangkan memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics. Komputer riba ini seringan 1.56kg dan senipis 16.9mm memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana saja.

Selain itu, komputer riba ini turut dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C. Baterinya mampu mencapai 46% selepas pengecasan selama 30 minit. 

Selain itu, HONOR juga memperkenalkan model baru gelang pintar HONOR Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368X194.

Skrinnya 148% lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan juga jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Di sudut kesihatan pula, HONOR Band 6 amat disyorkan kepada pengguna yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi. HONOR akan menambahbaik sistemnya ke 96 mod senaman pada masa depan.  

Dengan penularan pandemik Covid-19, gelang pintar ini amat berguna untuk memantau tahap kesihatan kerana dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2).

Peringatan dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung abnormal agar pengguna dapat mengawasi kesihatan jantung. Selain itu, terdapat ciri tambahan iaitu mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal. 

Mengenai ketahanan bateri pula, HONOR Band 6 menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal. Menariknya, pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk gelang pintar ini bertahan selama tiga hari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button