Cerita ArtisHiburan

“Nak Kenen Dengan Anak SR??? Lambattt Lagi!!!” – Sheila Rusly Bidas Tuduhan Seorang Netizen Tentang Konflik Dengan Janna Nick

Umum sudah mengetahui tentang konflik yang berlaku antara penerbit Sheila Rusly dengan pelakon Janna Nick.

Namun begitu, terdapat seorang netizen yang mendedahkan di Twitter mengenai punca konflik yang berlaku terhadap kedua-duanya.

Ujar netizen berkenaan, puncanya adalah disebabkan oleh Sheila yang dikatakan cuba menjodohkan anak lelakinya dengan Janna, tetapi cuba ditolak secara baik oleh pelakon berkenaan.

Malah, netizen itu mendakwa bahawa pekerja JS Pictures sendiri yang menyatakan perkara tersebut.

Bagaimanapun, penerbit popular itu lantas membidas kenyataan yang dibuat oleh netizen berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

“Siapa tweet ni??? Kelakar rabak soit!!! PKP banyak masa nak memfitnah ek!!! Nak bukak kes ke?? Jommm lah kalau berani!!

“Nak kenen dengan anak SR???? Lambattttt lagi!!! Main sedap mulut je korang petig nama peperja JS Pictures…” ujarnya.

Sebelum ini, hubungan Sheila dan Janna dilihat agak rapat, tetapi konflik mula timbul antara mereka tanpa diketahui punca utamanya.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang mempersoalkan kenapa Sheila tidak dipanggil ke rancangan Melodi Raya 2021.

Hal yang demikian kerana terdapat segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, di mana ia menemukan artis-artis yang pernah berhadapan dengan konflik. – KopiPlanet.com

Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Kredit Foto: Instagram Sheila Rusly

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
3
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button