Cerita ArtisHiburan

Video Keluarga Neelofa Sambut Raya Viral, Polis Sahkan Kini Sedang Jalankan Siasatan

Pihak polis kini sedang menyiasat satu kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan keluarga selebriti tempatan yang tular semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal mendapati video sambutan Aidilfitri itu dirakam di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal mendapati video tular berdurasi 26 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti tempatan berkenaan.

“Video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti itu yang didapati berkumpul di sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal. Video ini juga telah dikongsi oleh netizen melalui laman sosial Twitter dan kes kini disiasat di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video telah viral di Twitter yang menunjukkan ahli keluarga Neelofa menyambut perayaan Aidilfitri.

Kemudian, netizen mula mempersoalkan sama ada kesemua ahli keluarganya duduk serumah memandangkan SOP ketika ini yang tidak membenarkan aktiviti ziarah dilakukan.

Anuar berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 7 Mei lalu hingga 20 Mei depan.

Dalam SOP tersebut, aktiviti rentas semepadan negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran polis.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti tempatan ini dan hendaklah mematuhi semua peratusan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
4
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button