HiburanSelebriti

Mahu Mengekang Penularan Wabak Covid-19, Rizalman Ibrahim Tutup Operasi Syarikat Selama Dua Minggu

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, pereka fesyen dan usahawan popular, Datuk Rizalman Ibrahim mengambil pendekatan untuk menutup operasi syarikatnya buat seketika selama dua minggu iaitu Rizalman Ibrahim Group of Companies.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram miliknya, Rizalman memberitahu tujuannya berbuat demikian adalah sebagai inisiatif menjaga keselamatan pekerja serta mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Berikutan penularan virus pandemik Covid-19 yang berleluasa pada masa ini, pihak pengurusan atasan Rizalman Ibrahim Group Of Companies telah bersepakat melakukan PENUTUPAN DAN PENYEKATAN PENUH untuk semua pekerja dan penjualan di bawah RIC Group Sdn Bhd.

“Walaupun pihak kami telah berdaftar dan mempunyai pengiktirafan sijil MITI, penutupan ini akan mengambil masa sehingga 2 minggu atau sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” ujarnya dalam kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan penjualan atas talian produk di bawah RINETWORK iaitu T’Neeq dan T’Neeq Junior akan diberhentikan sementara sehingga tempoh yang akan diberitahu.

“Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan untuk mengambil kira keselamatan pekerja kami dan membantu mengurangkan penulaan jangkitan wabak Covid-19.

“Mohon doa dan dipermudahkan segala urusan bersama. Terima kasih,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji pendekatan yang dilakukan oleh beliau dan mahu peniaga lain mengikut jejak langkah sepertinya untuk menutup operasi seketika. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Rizalman Ibrahim

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button