Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Luah Rasa Kecewa Dimaki Bodoh Oleh Netizen Gara-Gara Memasak Lauk Sotong Masak Hitam

Penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin kecewa apabila dikatakan bodoh oleh seoran netizen gara-gara memasak lauk Sotong Masak Hitam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Sarah berkata, dia ada meminta Shuib bertanyakan tentang hubukuk memakan dakwat sotong.

“Sarah ni memang tak pandai .. banyak nak kena belajar, tapi orang yang konon tahu semua benda xpyh la senang senang nauuuuu nak BODOH kan org. Jage adab bila nak cakap.. Cuba kalau sarah bodoh2 kan orang yang sarah x kenal. Confirm ramai melenting punye.

“Bila Sarah sendiri pun keliru and bila ada tguran mcam tu, terus sarah mintk tlong @shuibsepahtu and dia bertanye kepada Imam Muda Asyraf. T. kasih imam mude sudi bagi pencerahan. Ha, imam muda salah ke? Jangan pulak ade yang nak pertikai lagi sebab mufti sendiri ada bagi penjelasan. Kat website die,” luahnya.

Sarah berkata, menerusi pembacaan yang dibuat menyatakan bahawa hukum mermakan dakwat sotong hukumnya adalah Harus.

Jelasnya, selepas ini mana-mana pihak boleh memasak lauk sotong hitam tanpa perlu rasa was-was atau rasa geli.

“Dalam tu boleh baca, hukum mkan dakwat sotong adalah HARUS. Ha, siapa yang cakap bodoh tu? Tak baikkkk tau. Takkan ler tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan. Lepas tu ade juge yg forward kt Sarah video penjelsn PU Azman pasal benda ni.

“Jadi pasnih masaklah sotong masak hitam tenang-tenang… xpyh was-was or rasa geli. Ada mufti dah jelaskan pun yang dakwat hitam tu dah jadi sebahagian dari sotong tapi if nak faham lagi dgr voicenote tu. Kita sama-sama belajar okay. Jangnlah sebab satu benda tu korang tak setuju terus gelar orang bodoh. Tak baiklah,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button