Cerita ArtisHiburan

Individu Dakwa Ada Orang Lain Guna Akaun Instagram, Ali Puteh Serah Pada Polis Siasat Isu Dia & Keluarganya Dihina

Pelawak popular Ali Puteh atau Syed Ali Mubarrak Al Jufri mengesahkan dia sudah berjumpa dengan individu yang didakwa telah menghina dia dan keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ali menyatakan ada individu berkenaan menjelaskan ada orang yang menggunakan akaun instagramnya bertujuan untuk menghina.

“Ok dah jumpa tadi… katenye bukan dia yg buat… ade org lain yg guna Instagram dia untuk menghina sy dan keluarga..

“Jadi saya serah pada polis jer.. mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini.. sabar itu indah…berdoa pada Allah semoga semua dipermudahkan,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang individu telah membuat beberapa kenyataan yang jelek terhadap Ali dan keluarganya dengan melemparkan pelbagai tuduhan.

Sehubungan itu, pelawak berkenaan telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan individu berkenaan.

Dalam pada itu, Ali juga mengingatkan supaya mana-mana individu menabur fitnah.

“Jangan kite semua orang Islam menabur fitnah sane sini… di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat takkan terlepas… xpe.. jangan kita balas…Allah akan balas,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button