Cerita ArtisHiburan

Padam Posting Dapat Vaksin Di Instagram, Tindakan Eina Azman Cetuskan Persoalan Netizen

Pelakon Eina Azman telah memuatnaik satu posting di Instagram berkenaan dia dan suaminya telah mendapat suntikan vaksin.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pelakon itu telah bertindak memadamkan posting tersebut.

Ternyata tindakannya itu mencetuskan pelbagai spekulasi ramai netizen yang mempersoalkan kenapa dia memadamkannya.

Ada netizen yang mendakwa bahawa dia dan suami telah mendapat suntikan di Hospital Bainun Ipoh, sedangkan dia menetap di Kuala Lumpur.

Selain itu, terdapat juga dakwaan lain yang mengatakan Eina dan suaminya mendapat suntikan vaksin jenis Pfizer.

Sehingga kini, pelakon tersebut masih belum membuat sebarang kenyataan terhadap tindakannya memadamkan posting berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button