PopularViral

Dikecam Netizen Akibat Hina Pakaian Kaum Iban, Ryzal Ibrahim ‘Durian Kimchi’ Mohon Maaf

Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim yang menggunakan ‘Durian Kimchi’ di media sosial bersama isterinya, Maryam telah dikecam hebat oleh netizen setelah menyamakan pakaian kaum Iban dengan kain buruk.

Sehubungan tu, Ryzal telah membuat permohonan maaf apabila tindakannya itu telah mengguris hati serta mencetuskan kemarahan ramai.

Jelasnya, dia sekadar berniat untuk bergurau dengan isterinya, tetapi mengakui tidak seharusnya menyentuh isu sensitiviti kaum.

“Kaum Iban, saya mohon maaf. Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak. 

“Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya.

“Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas,” ujarnya.

Selain netizen, terdapat juga beberapa orang artis seperti Sharnaaz Ahmad, Faye Kushairi dan Bob Yusuf yang turut mengecam tindakannya itu.

Pada masa sama, Maryam juga telah membuat permohonan maaf, meskipun kecaman itu ditujukan kepada suaminya.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya itu, kelihatan Maryam mengalirkan air mata sebak kerana kesal dengan apa yang terjadi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button