HiburanSelebriti

Menteri Nafi Gosip Tentang Ada Hubungan Dengan Mawar Karim, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan tentang gosip yang menyatakan beliau mempunyai hubungan dengan usahawan selebriti, Mawar Karim.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Facebook, Khairuddin menyatakan semua cerita yang tersebar adalah tidak benar.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” tulisnya.

Baru-baru telah tersebar cerita yang mengatakan bahawa menteri berkenaan telah diperiksa di satu sekatan jalan raya pada 16 Mei lalu.

Kemudian terdapat pula dakwaan bahawa Mawar Karim turut berada dalam kenderaan bersama menteri berkenaan.

Dala pada itu, sehingga kini Mawar masih lagi belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button