Cerita ArtisHiburan

Altimet Tegur Dr. Rafidah Yang Dilihat Seperti Mempersendakan Berkenaan Jumlah Kematian Pesakit Covid-19

Ketika ini, wabak pandemik Covid-19 semakin teruk melanda dengan kes yang dijangkiti serta jumlah kematian yang semakin meningkat.

Malah, pada Sabtu lalu sahaja sebanyak 98 kes kematian yang telah direkodkan dalam sehari.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang dilihat seperti memandang ringan perkara berkenaan.

Ternyata tindakan seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Rafidah yang dilihat seperti mempersendakan mengenai angka jumlah kematian tersebut telah mengundang kecaman ramai.

Antara artis yang mengecam tindakan doktor berkenaan adalah Altimet yang menganggap ia satu perbuatan yang kurang sensitif.

“Jangan melawak pasal rakyat yg dah pergi akibat gejala ni pls.

“Kurang manis. Kurang sensitif. Kurang minat,” tegasnya menerusi satu posting di Twitter.

Rata-rata netizen juga telah menyokong kenyataan yang dibuat oleh penyanyi tersebut dan meminta Dr Rafidah dikenakan tindakan tata tertib.

Dalam pada itu, menerusi Dr Rafidah menerusi Twitter miliknya pula telah membuat permohonan maaf.

“Terima kasih kerana memahami apa sebenar maksud tweet saya ini. Walaubagaimanapun, saya mohon maaf kepada semua.

“Death has never been a laughing matter to me, or any healthcare professional. ICUs nationwide just cant cope. I believe occupancy is even well beyond these numbers,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button