Cerita ArtisHiburan

“Fak Fazley Yaacob” – Dikritik Seorang Individu Dengan Kata-Kata Kasar, Fazley Yaakob Hanya Bersangka Baik

Cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob telah berkongsi mengenai kritikan seorang individu yang melemparkan kata-kata kasar terhadap resepi kek yang dihasilkannya.

Fazley berkata, dia beranggapan bahawa individu berkenaan hanya berniat baik serta lebih gemar bersangka baik terhadap tindakan tersebut.

“Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti Saudara @fazleyjalal berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

“Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman2 beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.

“Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan,” luahnya.

Menurut Fazley, dia juga berpegang kepada prinsip saling sokong- menyokong semua yang dalam industri yang sama.

Ujarnya, dia bekerjasama dengan semua pihak tanpa mengira jenama besar atau yang tiada jenama.

“Saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan. 

“Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari,” jelasnya lagi.

Menurutnya, dia berpegang prinsip bahawa dirinya tidak kisah jika ada yang tidak menggemari masakannya atau beranggapan masakannya tidak sedap.

“Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker.

Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan2 beliau! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button