Cerita ArtisHiburan

“Hanya Niat Persendakan Yonny Boii” – Giliran Zynakal Mohon Maaf Setelah Dikatakan Persendakan Rakyat Sarawak

Setelah pasangan influencer Durian Kimchi, kini giliran penyanyi Zynakal pula tampil membuat permohonan maaf.

Ia berikutan tentang satu komen yang telah ditulis sehingga dikatakan mempersendakan rakyat Sarawak.

“Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga-warga Sarawak yang terasa komen saya di ruangan komen gambar Yonny Boii.

“Kat sini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut sebenarnya saya tiada niat mempersendakan budaya atau adat orang Sarawak. Saya hanya berniat mempersendakan Yonny Boii sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, Yonnyboii yang memuat naik gambarnya memakai pakaian lelaki Iban di Instagram, manakala Zynakal pula meninggalkan komen ‘Uga Uga’ yang dianggap keterlaluan dan biadap.

Sehubungan itu, penyanyi berkenaan telah dihujani kecaman bertubi-tubi oleh netizen sehinggakan Yonnyboii terpaksa menutup ruang komen.

Pada masa sama, Zynakal juga berharap permohononan maafnya diterima dan bertekad perkara berkenaan tidak berulang lagi.

“Jadi saya berharap permohonan maaf saya diterima oleh anda semua. Akhir kata saya ingin memohon beribu-ribu ampun maaf dan saya harap anda memaafkan saya dan berharap benda ini takkan berulang lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button