Rancangan TVTV

Perkhidmatan Penstriman Disney+ Hotstar Sudah Bermula, 800 Filem & 18,000 Episod Untuk Ditonton

Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar kini sudah mula dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan popular daripada jenama-jenama hiburan paling ikonik di bawah syarikat ini.

Selain barisan filem dan rancangan menarik daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, penonton juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung. 

Mulai 1 Jun, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS untuk menikmati penstriman dengan RM54.90 untuk tiga bulan.

Bagi pelanggan Astro Movies Pack pula, mereka berpeluang menikmati pelbagai pakej istimewa, manakala pelanggan Astro yang lain boleh mendapat maklumat lanjut di astro.com.my/Disney

Disney+ Hotstar akan membawa beribu-ribu jam hiburan untuk segenap lapisan umur, dengan beraneka pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18,000 episod terbitan The Walt Disney Company yang paling hebat!

Pelbagai rancangan terbaru sedang menanti penonton seperti Raya and the Last Dragon (penstriman bermula 4 Jun) dan Luca (penstriman bermula 18 Jun), filem-filem blockbuster seperti Avengers: Endgame dan Frozen 2, Disney+ Originals eksklusif seperti Loki (penstriman bermula 9 Jun), The Falcon and The Winter SoldierWandaVision dan The Mandalorian.

Selain itu, tidak ketinggalan juga tayangan perdana eksklusif beberapa filem dan siri drama buatan Malaysia yang paling dinanti-dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia (penstriman bermula 2 Julai), Ada Hantu (penstriman bermula 13 Ogos), Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah (penstriman bermula 25 Jun).

Dengan semakin banyak filem and siri TV tersedia dalam format Dolby Vision® HDR dan Dolby Audio™, pengguna dengan peranti yang serasi boleh menstrimkan rancangan kegemaran menerusi Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang terunggul.

Penonton boleh menikmati kedua-dua format visual dan audio ini menerusi aplikasiDisney+ Hotstar Android TV and Apple TV. Dolby Vision menawarkan kualiti imej yang ultra jelas, manakala Dolby Audio menawarkan bunyi yang jelas, perincian dialog yang mudah didengar serta kesan bunyi yang realistik bagi merancakkan lagi babak kegemaran anda!

Pengarah Urusan, Bahagian Pasaran Baru Muncul Dolby Laboratories, Pankaj Kedia berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Disney+ Hotstar untuk membawa kualiti audio dan visual yang terunggul ke platform Disney+ Hotstar di Malaysia.

“Dengan Dolby Vision dan Dolby Audio, penonton pasti dapat menikmati pengalaman menakjubkan dengan kandungan Disney+ Hotstar kegemaran mereka dari keselesaan ruang tamu pada bila-bila masa.”

Susulan pelancaran ini, pelanggan dapat menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman.

Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman secara serentak dan kebanyakan kandungan adalah tersedia untuk dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet.

Semua kandungan bukan sahaja bebas iklan, malah berbekalkan satu bahagian kandungan yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan sesuai dengan usia, serta antara muka pengguna yang mesra kanak-kanak dan mudah dilayari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button