Cerita ArtisHiburan

“Saya Sudah Bersedia Untuk Bersara Anytime, Kalau Tak Diperlukan Lagi Apakan Daya” – Farid Kamil Sedar Sudah Berlakon 60 Buah Filem

Pelakon popular Farid Kamil menyatakan dia sudah bersedia untuk bersara sebagai seorang pelakon pada bila-bila masa sahaja.

Farid berkata, ia bukanlah disebabkan haters serta kontroversi yang berlaku atas dirinya, tetapi setelah melihat perjalanan yang cukup panjang dalam kariernya sebagai seorang pelakon.

“Saya bersedia untuk bersara anytime, kalau tidak diperlukan lagi apakan daya. Sebagai seorang pelakon modal kita adalah pada instrumen iaitu tubuh badan kita.

“Kalau kita tak mampu memberikan alunan atau getaran sama bermakna di situlah titik yang menjadi antara pemisah antara saya bersara atau tidak,” jelasnya.

Farid berkata demikian ketika sesi sudan media virtual drama bersiri Masih Ada Cinta yang berlangsung hari ini.

Farid bakal muncul dalam drama terbaharu adaptasi novel, Masih Ada Cinta bergandingan dengan pelakon tinggi lampai, Mimi Lana.

Diarahkan oleh Osman Ali, drama berkenaan turut dibintangi Dayang Areeda, Halim Radzi, Fahmy Reza dan Aishah Ilias itu akan mula ditayangkan mulai hari ini (2 Jun) pada pukul 7 malam di TV3.

Farid berkata, ketika ini dia baru menyedari bahawa dia sudah berlakon sebanyak 60 buah filem dan enam buah filem lagi dia akan menyamai rekod Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Saya sedar ini satu perjalanan yang panjang, daripada tak tahu apa-apa, masuk universiti sehinggalah didedahkan dengan perfileman.

“Apabila itu berlaku, pada saya hero filem Malaysia ini sejauh mana ia mampu bertahan, itu adalah berbalik kepada rezeki masing-masing,” ujarnya yang berhasrat mahu berlakon 100 buah filem.

Sementara itu, Farid turut memberi bayangan bahawa pembabitan anak lelakinya, Muhammad dalam bidang lakonan juga adalah persediaannya untuk bersara.

“Kalau nak cakap tentang persediaan bersara, bagi saya tak ada umur penamat buat seseorang pelakon itu bersara. Cuma apa yang ingin saya sampaikan adalah saya bersedia ke arah itu.

“Lagipun anak saya juga sudah terbabit dalam lakonan menerusi filem Rempit 2. Jadi, dengan adanya legasi itu, bermakna ia adalah petanda untuk saya bersara,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button